PENGENALAN LOBSTER AIR TAWAR
Lobster Air Tawar (Udang Kara Air Tawar) atau nama sainstifiknya Crayfish
merupakan antara hidupan ternakan air tawar yang sedang meningkat
popular di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Udang kara juga telah menjadi
sebahagian menu biasa restoran makanan laut di beberapa negara Asia
termasuk juga Malaysia. Tempahan & permintaan disekitar ibu negara
juga diterima termasuklah permintaan dari serata dunia seperti Jepun,
UAE, Dubai & Singapore.
Lobster
Air Tawar dikatakan telah mula bertapak di Semenanjung Malaysia sejak
tahun 2000 lagi. Pada awalnya ianya cuma dijadikan sebagai udang
perhiasan di dalam akuarium di dalam rumah. Oleh kerana potensinya untuk
membesar boleh mencecah kepada saiz sehingga mencecah 10 inci maka
terdapat beberapa pihak yang cuba untuk menternak untuk tujuan dijual
sebagai bahan makanan. Hanya sebilangan kecil sahaja yang kini sedang
menjalankan konsep penternakannya secara besar-besaran. Diketahui umum
bahawa
masih tidak terdapat penternak-penternak yang serius untuk menternak
Lobster Air Tawar ini untuk tujuan komersial seperti membekalkan kepada
pasaraya & pasar-pasar awam.
Potensi
pelaburan dalam industri udang kara adalah sangat cerah. Dengan harga
pasaran dan permintaan yang tinggi tersebut, ia mampu memberi pulangan
lumayan dalam jangkamasa singkat. Pihak kerajaan sentiasa bersedia untuk
memberikan kerjasama kepada semua penternak-penternak menceburi bidang
penternakan Lobster Air Tawar ini dengan memberikan bantuan berbentuk
pinjaman kewangan.
Oleh itu, kita perlu rasa bertuah kerana telah diberi peluang yang cukup luas untuk mengembangkan industry perikanan di dalam Negara di samping meningkatkan taraf hidup kita. Semoga usaha yang berterusan di kalangan penternak dapat memajukan serta menaikkan kembali nama Lobster Air Tawar di mata masyarakat Malaysia amnya serta masyarakat dunia umumnya.
Menjual LOBSTER AIR TAWAR (Crayfish) "READY STOCK"
BalasPadam10-15/15-20/20-25/25-30 E/kg. Bisa sistim kontrak mingguan.
Silahkan hubungi :
EXPORTIR Anto JBL
(Jaya Bahtera Lestari)
Jakarta - Indonesia
+6282310582889
bagaimana bisa order udang .kami di malaysia boleh wasap ka,berapa sekilo hidup
Padam