Tempat Tinggal & Habitat

KOLAM TANAH
• Kolam Tanah merupakan kolam penternakan & pembesaran yg terbaik utk lobster air tawar.
• Kadar tumbesaran yg boleh mencecah sehingga saiz maksimun iaitu mencecah 30 cm.
• Sekiranya
ia ditempatkan di kawasan tanah paya @ sungai, kandungan oksigen serta
kadar suhu & PH air yg semulajadi membantu proses tumbesaran ini.
• Namun, pengurusan bersistem amat sukar sekiranya ia digunakan utk tujuan pembiakan @ pembenihan.
• Oleh itu, disarankan supaya penternak mempunyai kolam pembiakan & pembenihan yg lain menggunakan akuarium @ kolam fiber.

AKUARIUM
• Kebiasaannya
akuarium hanya digunakan sebagai medium untuk tujuan LAT bertelur.
Namun, ia masih boleh digunakan untuk tujuan ternakan yg berskala kecil
kerana lebih mudah untuk diuruskan.
• Ukuran
saiz minima utk sebuah akuarium 3kaki lebar x 4 kaki panjang x 3 kaki
tinggi. Ukuran maximum bergantung kepada pengusaha utk menentukannya.
• Jika
hendak membeli akuarium, penutup atas tidak perlu dibeli sekali kerana
ia tidak digunakan serta harganya mahal. Juga ketinggiannya cukup
sekadar 3 kaki sahaja.
• Pastikan
jumlah pasangan induk yang dimasukkan tidak terlalu padat kerana ia
boleh mengganggu keselesaan dan menyebabkan proses persenyawaan tidak
berlaku.
• Letakkan
paip PVC bersesuaian sebagai tempat persembunyian kepada Lobster Air
Tawar dan ianya juga digunakan untuk mengelakkan gangguan dari Lobster
jantan sekiranya ia telahpun mengendong telur.

KOLAM SIMEN
• Saiz
yang lebih besar adalah lebih baik. Kedalaman air dalam kolam cukup
sekadar 2.5 kaki. Pembekalan oksigen secukupnya amat diperlukan samada
menggunakan pam oksigen atau air pusing.
• Pastikan kolam simen yang baru perlu dibasuh permukaannya terlebih dahulu untuk mengelakkan Lobster mati akibat kesan simen.
• Penggunaan lantai jubin sangat sesuai digunakan kerana ia boleh membantu mengurangkan kadar air berpenyakit.
• Kolam simen sangat sesuai digunakan untuk tujuan proses pembesaran dan proses pensenyawaan (pembiakan)
• Kos untuk menyiapkan sebuah kolam simen agak tinggi tetapi ianya berbaloi.
• Penyediaan
7 kolam yang berasingan boleh membantu untuk tujuan penternakan yang
lebih bersistem. Asingkan tumbesaran lobster mengikut bulan dan saiz
di setiap kolam yang berlainan.

KOLAM BAK FIBER / PLASTIK
• Sangat sesuai digunakan untuk tujuan penetasan telur dan proses persenyawaan.
• Boleh
juga digunakan untuk proses pembesaran tetapi memerlukan saiz kolam
yang besar. Namun, ia boleh digunakan untuk penetasan anak benih baru
sebelum dipindahkan ke dalam kolam pembesaran yang sebenar.
• Harga yang agak mahal tetapi mudah untuk proses pengurusan, pemindahan dan pengubahsuaian.
• Air pusing atau tambahan oksigen diperlukan untuk memastikan Lobster Air Tawar ini mendapat oksigen yang secukupnya.
• Terdapat
pelbagai jenis yang dijual dan boleh ditempah mengikut kehendak
penternak itu sendiri. Elakkan daripada menggunakan bak plastik biasa
yang boleh menjadikan air dalam takungan berpenyakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan