Pemakanan & kitar hidup
PEMAKANAN
- Merupakan sejenis binatang yang aktif pada waktu malam, maka pemberian makanan yang lebih hendaklah dilakukan pada waktu malam. (1/3 siang & 2/3 malam)
- Memakan semua benda termasuk tumbuhan, ubi-ubian, bangkai dan binatang yang hidup di dalam air seperti ikan.
- Kandungan nutrisi yang seimbang diperlukan. Ia mestilah mengandungi karbohidrat, protein, lemak, mineral dan vitamin.
- Untuk
mempercepatkan proses tumbesaran benih, digalakkan untuk menghasilkan
plankton sendiri kemudian barulah dilepaskan benih ke kolam pembesaran.
- Untuk
tujuan penternakan kanvas, palet udang merupakan makanan utama. Ubi
kentang dan ubi keledek digunakan sebagai makanan tambahan. Selain itu,
pemberian isi ikan dan cacing tanah juga dibenarkan tetapi dalam
kuantiti yang kurang untuk menjaga kualiti air.
- Pemberian
makanan yang secukupnya akan mempengaruhi kadar pertumbuhan Lobster
tersebut. Terlebih memberi makanan boleh menyebabkan air mudah kotor.
- FCR @ 1:8 – dengan menggunakan 800gram makanan boleh menghasilkan 1 kg daging.
- Kebiasannya terdapat 2 jenis palet di pasaran iaitu Plater Starter (untuk anak benih) dan Palet Grower (untuk pembesaran).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan