Cara hidup LAT
KEHIDUPAN & TEMPAT TINGGAL
AIR
• Air terbaik adalah air dari gunung yg sentiasa mengalir kerana mengandungi cukup oksigen. Begitu juga air sungai dan paya.
• Air paip juga boleh digunakan, tetapi perlu dinyahklorin @ disimpan 2~3 hari sebelum
digunakan. Ini kerana pertumbuhan Lobster Air Tawar mungkin boleh
terbantut dan memerlukan masa yang lama untuk ia pulih kembali.

• Kadar
pH air yg sesuai adalah pada kadar neutral pH7, manakala suhu bagi air
pula sekitar 26°~28°C. ianya boleh diukur dengan menggunakan thermometer
dan alat pengukur PH air yang terdapat di pasaran.
• Air
yg terlalu kotor perlu diganti mengikut kesesuaian. Air yg kotor boleh
mengubah warna kulit & menyukarkan proses pemerhatian induk
bertelur & salin kulit
• Gunakan
pam air yg sesuai berkadaran dengan saiz kolam yg digunakan. Kaedah
pusing air membantu membekalkan oksigen kepada ternakan lobster anda.
• Lakukan kerap pemerhatian utk memastikan air yang digunakan tidak berpenyakit.

OKSIGEN
• Lat memerlukan oksigen secukupnya utk proses tumbesaran.
• Kekurangan oksigen boleh membantutkan tumbesaran & menyebabkan kematian.
• Kandungan oksigen semula jadi boleh diperolehi daripada air yg mengalir @ menggunakan pam udara.
• Ketika
LAT sedang mengalami proses bertukar kulit, ia memerlukan oksigen yg
larut dalam air kerana LAT tidak akan berganjak kemana-mana utk
mendapatkan oksigen.
• Kedalaman
air juga mempengaruhi kandungan oksigen. Sekiranya kedalaman air
tinggi, oksigen yg banyak perlu dibekal & dikekalkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan