Salin kulit (Moulting)

SALIN KULIT (MOULTING)
- Merupakan proses rutin yang akan berlaku sekiranya udang kara ingin membesar.
- Pada
keadaan ini, pengasingan atau pemberian tempat persembunyian seperti
paip pvc yang telah dipotong pendek boleh membantu untuk mengurangkan
kadar kematian lobster tersebut. Pastikan saiz bulatannya juga sesuai.
- Proses
ini akan terjadi disebabkan oleh kerangka luarnya yang tidak akan ikut
membesar sejajar dengan tumbesaran badan Lobster Air Tawar tersebut.
Untuk itu ia, harus keluar dari kerangka lamanya dan membentuk kerangka
yang baru.
- Ketika
proses salin kulit ini berlaku, badan Lobster akan menjadi lemah dan
akan mengambil masa lebih 24 jam untuk menjadikan ianya keras seperti
biasa.
- Kadar kematian pada ketika salin kulit amat tinggi. Proses salin kulit berlaku lebih dari 10 kali sepanjang tempoh pembesaran.
- Proses penukaran kulit pertama akan berlaku seminggu selepas anak benih terlerai (menetas) dari kantung ibunya.
- Lebih
kurang 30% kadar kematian dicatatkan pada ketika berlakunya proses
salin kulit ini. Kebiasannya berpunca dari kegagalan ketika hendak salin
kulit, serangan penyakit dan juga diganggu oleh lobster yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan