Info Lobster Air Tawar 1
Lobster
air tawar (Freshwater Crayfish) juga di kenali sebagai Udang Kara Air
Tawar. Pada awalnya Malaysia sudahpun menerima kewujudan & kehadiran
lobster air tawar ini sejak tahun 2000 lagi. Namun oleh kerana
kurangnya pendedahan tentang proses penjagaan & penternakan lobster air tawar ini menyebabkan ianya tenggelam tanpa berita.

Lobster Air Tawar ini dikatakan berasal dari Queensland, Australia. Terdapat
juga beberapa spesis yang berasal dari Benua Amerika & Benua
Eropah. Kebanyakannya yang diternak di sekitar Malaysia & Indonesia
didatangkan dari benua Australia. Kesesuaian iklim asia menyebabkan para
penternak mengambil inisiatif untuk menternak lobster air tawar ini.
Lobster Air Tawar adalah satu satu diantara spesis dalam
keluarga udang (Crustacea). Kebiasaannya yang sering kita dengar
hanyalah jenis lobster air laut. Lobster Air Tawar ini asalnya adalah
dari selatan dunia seperti di Australia. Nama lain bagi Lobster Air
Tawar ini ada 3 iaitu crayfish, crawfish, dan crawdad.
Pada
awal peringkat penemuan, Lobster Air Tawar hanya dijadikan sebagai
bahan hiasan oleh sesetengah pengguna. Namun ia kini telah dijadikan
sebagai bahan makanan dan mendapat tempat di pasaran komersil. Keluarga
Lobster Air Tawar pula terbahagi kepada 3 jenis, iaitu ;
a) Astacidae
b) Cambaridae
c) Parastacidae
Lobster air tawar jenis Astacidae dan Cambaridae dikatakan
terdapat di bahagian utara dunia, manakala Parastacidae asalnya
dijumpai di bahagian selatan dunia, Kebiasaannya Lobster Air Tawar
tinggal di kawasan air mengalir, danau, rawa, dan di kawasan pegunungan.
Ia juga tinggal di dalam air lumpur. Pendek kata, ia merupakan sejenis
haiwan yang mempunyai ketahanan diri yang tinggi dan boleh hidup di
mana-mana kawasan berair.

Jika dilihat pada peta di atas menunjukkan terdapat pelbagai spesis
lobster air tawar & ianya berlainan jenis dari bentuk asalnya
mengikut tempat di mana ia dikembang biak. Sehingga kini, terdapat
sebanyak 47 jenis spesis yang telah ditemui.
Beberapa
jenis Lobster Air Tawar yang sering digunakan untuk tujuan penternakan
secara komersil dikalangan penternak di seluruh dunia terutamanya di
Indonesia dan Australia adalah seperti Cherax Quadricarinatus, Cherax
Papuanus, Cherax Caini, Cherax Distructor, Cherax Lorenzi, Procambarus
Clarkii Dan banyak lagi. Jenis Lobster
Air Tawar yang paling besar saiznya adalah dari jenis Astacopsis Gouldi
yang juga dikenali sebagai Tazmania Giant Freshwater Lobster. Saiz
tubuh badannya boleh mencecah sehingga 90 cm (36 inci) dengan berat 4 ~ 6
kg seekor. Bentuk tubuh badan lobster air tawar terbahagi kepada 3
bahagian utama iaitu ;

a) Kepala – yang terdiri daripada sesungut (antenna) dan cengkerang keras di bahagian kepala (Rostrum)
b) Abdomen (Badan) – terdiri daripada penyepit besar dan juga kaki (Kaki jalan & Sepit kecil untuk mengambil makanan)
c)
Ekor – mempunyai beberapa sirip untuk membantu lobster berjalan. Juga
digunakan untuk melindungi telur yang akan melekat pada kaki renang
kecil setelah proses persenyawaan dilakukan.
Sebagai
pengenalan kepada tujuan penternakan lobster air tawar ini, fokus utama
jenis lobster yang akan digunakan adalah dari jenis Red Claw atau lebih
dikenali sebagai Cherax Quadricarinatus
Tiada ulasan:
Catat Ulasan