CHERAX QUADRICARINATUS (Red Claw Crayfish)
CHERAX QUADRICARINATUS (Red Claw Crayfish)
Merupakan
spesis yang diternak secara komersil di pusat-pusat penternakan di
sekitar Malaysia dan di negara-negara yang lain. Lobster air tawar jenis
ini juga dikenali dengan pelbagai nama yang lain antaranya tropical
blue crayfish, yabby dan lain-lain. Ia ditemui di sekitar Benua
Australia dan populasinya juga terdapat di Papuan New Guinea.
Ciri-ciri lobster air tawar jenis ini adalah seperti berikut :
- Lobster
Air Tawar sangat aktif pada waktu malam. Pada siang hari pula ia lebih
cenderung untuk bersembunyi di kawasan yang lebih gelap seperti di bawah
batu-batuan, kayu-kayu ataupun di bawah naungan yang lain.
- Kebiasaannya Lobster Air Tawar yang masih kecil (benih) suka makan sisa-sisa tumbuhan
- Sepanjang
hidup seekor Lobster Air Tawar, ia akan melalui beberapa kali proses
salin kulit (moulting). Ia akan berlaku sekiranya tubuhnya semakin besar
menyebabkan cengkerang lamanya tidak dapat menampung saiz bentuk badan
lamanya.dan mikroorganisma kecil (plankton) yang hidup di
dalam air. Manakala pada ketika usia dewasa, ia bersifat omnivor. Ia
akan memakan segala jenis bentuk makanan yang biasa terdapat di dalam
air antaranya tumbuhan, ikan, bangkai dan sebagainya.
- Proses salin kulit banyak kali berlaku ketika umurnya masih kecil dan semakin berkurangan sekiranya umurnya meningkat dewasa.
- Lobster
Air Tawar memiliki sifat agresif dan kanibal. Terutamanya jika terdapat
persaingan untuk merebut kawasan, makanan dan pasangan. Ia boleh
membunuh rakan sejenisnya pada ketika musim penukaran kulit kerna
Lobster Air Tawar akan menjadi lemah.
- Lobster Air Tawar boleh memanjat menggunakan
kesemua capitnya. Capitnya yang tajam juga boleh memutuskan tali dan
getah. Penyediaan kawasan peliharaan yang sesuai sangat penting untuk
mengelakkan ianya terlepas dari tempat pemeliharaan.
- Pada
asal kehidupan Lobster Air Tawar, ia mempunyai satu sifat unik iaitu ia
suka berpindah randah di antara satu tempat ke tempat yang lain di
kawasan yang mempunyai 4 musim. Namun, di kawasan iklim Malaysia hal
yang tersebut tidak berlaku.
- Setelah
melakukan proses persenyawaan, apabila Lobster Air Tawar betina mula
bertelur ia akan mula menyendiri untuk menjaga telurnya.
- Lobster
Air Tawar tidak mempunyai musim-musim yang tertentu untuk melakukan
proses persenyawaan. Proses persenyawaan akan berlaku sekiranya keadaan
kedua-dua induk Lobster Air Tawar tersebut sihat dan dalam keadaan yang
sesuai.
- Induk
betina yang baru lepas menetaskan anak benih boleh melakukan proses
persenyawaan semula dalam masa yang singkat. Dalam setahun, proses
persenyawaan boleh berlaku sehingga 5 kali.
- Lobster Air Tawar boleh hidup selama lebih kurang 80 jam tanpa air pada keadaan suhu yang lembap sekitar 12°C.
- Pada
kehidupan asalnya, Lobster Air Tawar suka hidup di kawasan air yang
mengalir deras ataupun disekitar paya air mengalir kerana kawasan
seperti ini mempunyai kandungan oksigen yang tinggi dan mencukupi kepada
Lobster Air Tawar.
- Lobster
Air Tawar kurang dijangkiti penyakit. Namun penjagaan air dan pemakanan
yang tidak betul boleh menyebabkan ia lemah dan mudah diserang
penyakit.
- Sekiranya
Lobster Air Tawar hidup di kawasan tanah liat, ia akan mula mengorek
tanah sekiranya kawasan tinggal mereka kekurangan air. Ia melakukan hal
yang sedemikian untuk mencari kawasan yang lembap.
- Lobster
Air Tawar tidak boleh tahan dengan perubahan suhu yang terlalu ketara.
Ia boleh menyebabkan badannya lemah dan boleh mengundang kematian.
JBL Indonesia Menyediakan LOBSTER AIR TAWAR (CRYFISH/CRAWFISH) utk bibit & konsumsi. Kami siap suply secara rutin utk lokal & export. Hub : Anto +6282310582889.
BalasPadam