BERIKUT ADALAH SOALAN YANG KERAP DITANYA TENTANG L.A.T
1) SUSAH KE JAGA ?
- Mudah sahaja. Makan hanya 2x sehari, pagi dan petang
2) BAGAIMANA DENGAN KOS SELENGGARA ?
- Percaya atau tidak,kos selenggara atau maintenance adalah murah daipada bela ikan eksotik yang lain. Makan pagi untuk 50 ekor L.A.T cuma RM 3.00 sebulan. Makan malam pula hanya RM 8.00 sebulan. ( pemberian pellet makanan ikan yang tenggelam shj )
- Ya anda tak salah baca!!!. kos diatas ialah untuk sebulan, bukan seminggu atau sehari.
3) ADAKAH CEREWET PEMAKANANNYA ?
- Selain mudah dijaga, L.A.T tidak cerewet makan,hanya beri lobak merah,kentang,roti dan nasi yang tenggelam dalam air.
- Makanan alternatif lain ialah anak ikan guppy dan ikan bersaiz kecil.
4) BAGAIMANA DENGAN KOS ELEKTRIK DAN AIR ?
- Untuk satu akuarium, kos elektrik cuma RM 5.00. Kos Air pula hanya RM 2 sebulan,kerana air cuma perlu ditukar 2x sahaja sebulan
- Penapis perlu ditukar sekali seminggu dengan kos RM2 untuk sekali tukar bergantung kepada kualiti air.
5) ADAKAH UNTUNG JIKA BELA L.A.T ?
- Bayangkan begini,kita beli RM15.00 sekor pada saiz 3 hingga 4 inci, dalam tempoh 4 hingga 6 bulan akan membesar pada saiz 8 hingga 12 inci pada harga RM 100 hingga RM 150.00 seekor.
- Beli RM 15, dapat jual RM 150.00, cuba kira sendiri. Untungnya ialah pada kadar 90 % kalah mana-mana perniagaan MLM yang sedia ada.
6) DIMANA BOLEH PASARKAN L.A.T ?
- Tentu sekali ada rakan-rakan yang mahu merasai keenakan Lobster,jika ada untung lebih, boleh berikan pada keluarga dan jiran tetangga. jika rajin buat pemasaran, boleh ikat kontrak dengan mana-mana restoren makanan laut dan hotel.
- Jika sudah ada pelanggan tetap boleh jual secara borong. Harga pasaran RM 60 hingga 80 sekilo.
ORANG KATA " KALAU BELA LOBSTER, TAPI MATI, PALING TIDAK, BOLEH BUAT MAKAN JUGA "