Selasa, 11 Oktober 2016


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

PADA TEMAN-TEMAN YANG BERHAJAT UNTUK BELAJAR TERNAK L.A.T LANGKAH DEMI LANGKAH:

SAYA SYORKAN TUAN-TUAN PELIHARA DALAM AKUARIUM,
DISINI TUAN-TUAN BOLEH MELIHAT DENGAN JELAS,
-  CARA PEMBIAKAN
-  STEP BERTELUR, BRAPA MINGGU TELUR DILEPASKAN
-  PENJAGAAN ANAK LAT
-  PENJAGAAN AIR

MACAM-MACAM LAGI ILMU YANG KITA BOLEH DAPAT MELALUI PEMERHATIAN
BESARNYA ANUGERAH MATA DAN AKAL INI..
SUBHANALLAH, MAHA SUCI ALLAH














TQ ALLAH
TQ BUYER


Isnin, 10 Oktober 2016

REZEKI MILIK ALLAH

Jumaat 8/10/2016
alhamdulillah rezeki penghulu segala hari,
tq pada sahabat -sahabat sehobi yang selalu support dan tak pernah putus-putus bertandang,benar kata-kata orang tua, " tetamu datang itu rezeki".amin




promosi lobster melalui media massa tengah rancak,saya turut sama merasai tempiasnya..alhamdulillah rezeki walaupun sedikit tapi tidak pernah putus

 syukur ada anakanda yang memahami dan tak pernah putus2 memberi sokongan pada ayahandanya.
kusyuk Haziq Aiman mengira stok utk jualan


  tulang belakang dan penguat semangat,ayahanda dan bonda turut sama memerah keringat




tq Allah,
tq buyer...
rezeki milik allah

Sabtu, 11 Jun 2016

PENGASINGAN ANAK-ANAK LOBSTER


ASSALAMUALAIKUM ...
Buat teman-teman yang dikasihi,
11 Jun 2016, aktiviti pagi sabtu di bulan ramadhan.
brsama adik dan anak-anak hari ini kita luangkan masa bersama dikolam untuk melakukan aktiviti pembersihan kolam dan gred anak-anak LAT ni
bukan apa mudah untuk pasaran dan nak mengelakkan yg besar jadi pemangsa pada anak-anak yang saiz kecil.

























bagi yang berminat nak dapatkan benih anak-anak lobster ni,boleh lah sms,whatsapp atau call 019-2368363.
harga mengikut saiz bermula dengan harga RM 1.00 sekor bagi anak bersaiz 1inci

ANAK BENIH LAGI

https://www.facebook.com/shah.iskandar.92/videos/1373791825981108/ 


Alhamdulillah sedar tak sedar,semakin hari semakin bertambah benih-benih lobster di kolam kami.
permintaan juga semakin bertambah,namun kami masih lagi berusaha untuk menambah bekalan biar sentiasa memenuhi permintaan

                                                      permulaan bagi telur untuk menetas

                                                  seminggu lagi lahirlah anak-anak lobster


semuga harapan dan angan-angan nak jadi usahawan dimakbulkan allah s.w.t..amin...
bila tengok orang dah brjaya hati mula teringin untuk mengecapi rasa kejayaan itu..
apa daya tangan tak sampai..modal tiada,xper pelan2 kayuh..hehe..


10,000RM modal terr.....
ni baru ada keberanian dan kemampuan


Sabtu, 19 Mac 2016

PEMELIHARAAN LOBSTER

BERIKUT ADALAH SOALAN YANG KERAP DITANYA TENTANG L.A.T



1) SUSAH KE JAGA ?

- Mudah sahaja. Makan hanya 2x sehari, pagi dan petang


2) BAGAIMANA DENGAN KOS SELENGGARA ?

- Percaya atau tidak,kos selenggara atau maintenance adalah murah daipada bela ikan eksotik yang lain. Makan pagi untuk 50 ekor L.A.T cuma RM 3.00 sebulan. Makan malam pula hanya RM 8.00 sebulan. ( pemberian pellet makanan ikan yang tenggelam shj )
- Ya anda tak salah baca!!!. kos diatas ialah untuk sebulan, bukan seminggu atau sehari.


3) ADAKAH CEREWET PEMAKANANNYA ?

- Selain mudah dijaga, L.A.T tidak cerewet makan,hanya beri lobak merah,kentang,roti dan nasi yang tenggelam dalam air.
- Makanan alternatif lain ialah anak ikan guppy dan ikan bersaiz kecil.


4) BAGAIMANA DENGAN KOS ELEKTRIK DAN AIR ?

- Untuk satu akuarium, kos elektrik cuma RM 5.00. Kos Air pula hanya RM 2 sebulan,kerana air cuma perlu ditukar 2x sahaja sebulan
- Penapis perlu ditukar sekali seminggu dengan kos RM2 untuk sekali tukar bergantung kepada kualiti air.


5) ADAKAH UNTUNG JIKA BELA L.A.T ?

- Bayangkan begini,kita beli RM15.00 sekor pada saiz 3 hingga 4 inci, dalam tempoh 4 hingga 6 bulan akan membesar pada saiz 8 hingga 12 inci pada harga RM 100 hingga RM 150.00 seekor.
- Beli RM 15, dapat jual RM 150.00, cuba kira sendiri. Untungnya ialah pada kadar 90 % kalah mana-mana perniagaan MLM yang sedia ada.


6) DIMANA BOLEH PASARKAN L.A.T ?

- Tentu sekali ada rakan-rakan yang mahu merasai keenakan Lobster,jika ada untung lebih, boleh berikan pada keluarga dan jiran tetangga. jika rajin buat pemasaran, boleh ikat kontrak dengan mana-mana restoren makanan laut dan hotel.
- Jika sudah ada pelanggan tetap boleh jual secara borong. Harga pasaran RM 60 hingga 80 sekilo.




 ORANG KATA " KALAU BELA LOBSTER, TAPI MATI, PALING TIDAK, BOLEH BUAT MAKAN JUGA "

PENJAGAAN BABY LOBSTER


Penjagaan baby lobster semasa ia baru jatuh dari perut induk sangat kritikal, dan di sini saya ingin berkongsi cara penjagaannya..=) 
  • Ketika semua anak lobster telah turun dari tubuh induknya, segera pisahkan si anak dengan induk untuk mencegah agar anak lobster itu tidak dimakan oleh induk. 
  • jagalah suhu air aquarium pada suhu 27 – 29 , suhu yang panas boleh menyebabkan kematian, dan disebabkan itu juga pam air pusing hendaklah beroperasi 24jam.
Baby lobster yg baru jatuh dari perut induk


Baby lobster yang berusia sekitar 3minggu
  • Berikan makanan sekitar 2x sehari pada waktu siang dan malam hari dan sebolehnya pastikan makanannya ditumbuk halus ataupun beli palet tenggelam yang halus.
  • Jagalah air agar tetap jernih, jika air sudah mulai kotor seaiknya ganti 20-30% volume air yang ada di bagian bawah.
  • Berikan garam air secukupnya(tergantung volume air). Garam air ini juga dapat dibeli di kedai aquarium/ikan.
  • baby lobster akan mulai kuat selepas pengantian kulit pertama kira-kira selepas seminggu penetasan. 

LOBSTER SEBAGAI HIASAN

Selain dimasak untuk hidangan kesihatan, Lobster juga boleh dijadikan hiasan aquarium kerana ada sesetengah Lobster Air Tawar(LAT) mempunyai warna dan corak yang menarik.
 JOM TENGOK GAMBAR TERPILIH..!